Selama bertahun-tahun Kathy cuba merungkai mengapa penyanyi yang dikatakan menghidap aerofobia ini membuat keputusan menaiki pesawat kecil terlebih muatan sedangkan dia boleh menunggu ketibaan jet mewah yang disewanya esok hari. Cerita Kingsley berjaya merungkai persoalan ini.
Jelas Kingsley, bintang Queen Of The Damned itu dua kali menolak untuk menaiki pesawat setelah mengetahui ia tidak stabil. Namun disebabkan sakit kepala yang dialami, Aaliyah memilih untuk berehat di dalam teksi sambil menunggu pasukannya berbincang dan menyelesaikan perkara itu.
Disebabkan tidak sedap badan, salah seorang pengiringnya menghulurkan pil penahan sakit dan dia terlena beberapa minit kemudian.