“Pertamanya, ia agak pelik untuk berkongsikan sesuatu seperti ini dengan orang ramai, namun itulah akibat daripada kehidupan yang kami pilih untuk lalui, di mana kami merasa sangat bersyukur dengan kehidupan ini. Kita hidup dalam masa yang menakjubkan, namun ia juga merupakan masa di mana kebenaran boleh diubah sebagai alternative facts.”
Mereka membuat keputusan untuk berkongsikan perpisahan mereka ini terlebih dahulu kerana mereka ingin memastikan apa yang diumumkan oleh mereka ini adalah sumber yang sahih dan tidak diputar belit oleh mana-mana pihak.
Dewan dan Tatum mula menjalinkan hubungan selepas mereka bekerjasama melalui filem terkenal Step Up pada tahun 2006 sebelum berkahwin pada tahun 2009.