Boleh ceritakan bagaimana lagu ‘Sayang Aku Tanya Apa Khabar?’ (SATAK) ini bermula?
Projek ini datang dari Universal Malaysia, kebetulan Dayang memang sedang cari material baru sejak Dayang dah lancarkan album ‘Belagu’. Pihak Universal beri Dayang dengar lagu ini, dan Dayang terus suka. Apa yang Dayang suka dengan lagu ini adalah melodi dan lirik dia bersahaja dan kena dengan situasi kita sekarang.
Walaupun liriknya bersahaja tanpa susun bahasa yang puitis tapi sebenarnya bagi Dayang feel untuk sampaikan maksud lagu ini sangat berat, semua orang rindu dengan kehidupan sebelum ini, rindu dengan kampung, ibu ayah, kawan-kawan, bukan kekasih sahaja. Jadi untuk sampaikan maksud lagu ini bagi Dayang sangat berat, feel perlu sampai. Sebab lagu ini juga seakan menyampaikan mesej supaya kita redha dengan keadaan dan dalam masa yang sama tidak putus harapan.
Kemudian dapat pula berkolaborasi dengan Zynakal pula Dayang lihat satu peluang yang baik, dan bagi Dayang sendiri dia memang berbakat. Jika kena dengan pengurusan, produk yang berkualiti, dia memang boleh pergi jauh. Masa depannya di bidang seni cerah.