Lagu ini dicipta oleh Zynakal bersama Nobita dan Chaan, ada atau tidak input dari Dayang untuk memperindahkan lagi ‘SATAK’?
Dayang tidak ganggu dari segi melodi, cuma ada memberi idea dari segi penyampaian dan susunan muziknya. Dayang dan team Zynakal memang banyak berbincang, mereka juga terbuka untuk mendengar dan menerima idea. Walaupun Dayang memang mahukan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Dayang, tapi dalam masa yang sama Dayang juga mahu ada flavour Dayang sendiri, sebab Dayang yang nak nyanyi biar ada feel. Dayang suka bekerja dengan Zynakal dan team dia, mereka membuat Dayang berasa selesa. Dayang ni macam ramai yang tahu, Dayang malu dan segan nak kongsi idea apatah lagi dengan orang yang baru Dayang bekerjasama, tapi mereka buat Dayang selesa.