Album ‘Belagu’ dilancarkan awal tahun ini, dan selepas sebulan dua dilancarkan PKP dilaksanakan. Adakah Dayang terkilan tidak dapat mempromosikan album ini seperti yang dirancang, memandangkan album ini dilihat penting dalam sejarah kerjaya seni Dayang.
Disappointed ada, frustrated pun ya, tapi Dayang kena percaya dengan takdir yang sudah ditentukan. Dayang sempatlah buat promosi sebelum PKP, tapi tidak lama. Tapi, Jika dilihatd ari sudut positifnya, PKP ni beri ruang untuk Dayang belajar benda Baharu, misalnya create content untuk medis sosial, rakam video di rumah, itu semua Dayang jarang buat sebelum ini. Walaupun penat dan leceh, tapi Dayang seronok sebab Dayang belajar. Dayang harap kita semua akan dapat menjalani hidup normal seperti dulu, dan Dayang rindu sangat hendak melakukan persembahan secara live untuk peminat semua.