Adunan album ‘Belagu’ disempurnakan oleh Ari Renaldi, nama besar di Indonesia, dan masteringnya pula dilakukan oleh Sterling Studio di Amerika Syarikat, sama juga untuk lagu SATAK. Adakah ini satu benchmark atau standard yang Dayang tetapkan untuk single atau album akan datang?
Sebenarnya bergantung kepada lagu. Setiap lagu ada keperluan berbeza, ada lagu perlukan live music, ada yang gunakan elektronic sound, jadi kita ikut kesesuaian. Memandangkan kita dah pernah bekerja dengan Ari untuk ‘Belagu’, jadi Dayang cadangkan sendiri untuk gunakan khidmatnya sekali lagi. Jika ia melibatkan kolaborasi, kita perlu berbincang. Tapi Jika ada peluang mengapa tidak Dayang teruskan dengan Ari memandangkan kualiti kerja dia pun memang memuaskan hati.
Artikel Berkaitan: “Belagu, Sebuah Mimpi Yang Terealisasi”- Dayang Nurfaizah. #EHklusif 15 Foto Belakang Tabir