Antara tarikh yang hangat diperkatakan netizen adalah Jumaat atau Sabtu ini (26 atau 27 Mac). Namun sehingga kini tiada bukti kukuh mahupun pengumuman daripada tuan punya badan sendiri.
Usaha mendapatkan penjelasan daripada pasangan tersebut termasuk ahli keluarga dan pihak pengurusan juga tidak berhasil kerana sebarang panggilan dan pesanan teks tidak dijawab.
Tidak diketahui sama ada berita ini sahih atau khabar angin semata-mata, namun peminat sudah mula menitip doa buat Neelofa dan Haris.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November 2020. Perhubungan mereka pernah mencetus kontroversi Disember lalu sehingga membuatkan peminat tertanya-tanya adakah Neelofa dan Haris telah berpisah.
Persoalan itu terjawab apabila Neelofa dilihat menyarung kembali cincin merisik pemberian Haris sebulan kemudian, menandakan perhubungan mereka masih utuh.
Jika benar pasangan ini bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi, kami dahulukan dengan ucapan tahniah!
Foto: Kosmo