Tiga bintang Bollywood mengimbas kenangan gandingan bersama yang pernah menjadi satu fenomena ketika dulu iaitu Kuch Kuch Hota Hai menerusi sekeping selfie.
Hampir dua dekad berlalu sejak Kuch Kuch Hota Hai dan Shah Rukh Khan mengimbas kembali kenangan filem itu dengan merakam semula gambar bersama Kajol dan Rani Mukerji yang kini tular di internet.
Bukan itu sahaja, Shah Rukh Khan turut merakam gambarnya bersama Karisma Kapoor, Sridevi dan Alia Bhatt yang juga pernah menjadi aktres utama bekerjasama dengannya sebelum ini.
Aktor Bollywood itu mengkongsikan gambar tersebut menerusi akaun media sosial miliknya sekaligus menerima respon yang cukup baik dari peminat-peminatnya.
Apa yang membuatkan peminatnya teruja adalah melihat pada gambar trio Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani yang merakam semula pose gambar Kuch Kuch Hota Hai.
Sum nites the stars with u shine brighter than the ones in the sky.Thank u ladies for ur graciousness beauty & love. pic.twitter.com/FNrb5jZZpu
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) October 2, 2017
Selepas melihat pada gambar tersebut, boleh dirasakan yang mana pastinya ramai peminat yang akan menggesa untuk sambungan filem KKHH 2.
Walau bagaimanapun, memandangkan Karan Johar sebelum ini pernah menggelar filem KKHH sebagai satu filem”luar biasa bodoh”, ia berkebarangkalian tidak akan ada sekuel untuk filem blockbuster tersebut.