Tahun ini boleh dilihat setiap penyanyi menggunakan identiti mereka sebagai konsep utama menerusi album yang dihasilkan dan itu menjadikan setiap darinya tampil lebih tersendiri. Tahun ini juga kita boleh lihat setiap penyanyi tampil lebih berani, berkeyakinan dan tampil dengan jiwa yang lebih matang berbanding album atau EP yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Ada yang teruja untuk menghasilkan degupan dan nada baharu dan ada juga yang masih terinspirasi dengan idea dan irama 70-00-an, setiap darinya kekal addictive! EH! percaya, irama dan gaya lagu tahun ini sedikit sebanyak memberi imbasan tentang identiti lagu yang bakal dibawa buat tahun 2020 and we can’t wait to discover more album dari bintang terkenal seperti Adele, Dua Lipa dan Lady Gaga yang diramal akan melancarkan album tahun hadapan.
Secara rumusannya this is the year of acceptance in music industry, tahun ini kita dapat saksikan satu dunia menerima penyanyi berpesonaliti besar Lizzo yang tampil berkeyakinan dengan bentuk tubuh dan warna kulitnya, Taylor Swift pula kembali bersama mesej kesedaran LGBTQ+ yang luar biasa dan hari ini juga semua orang sudah boleh menerima penyayi pop alternatif Billie Eilish yang tampil dengan stail unik dan kekal bebas dari kritikan terhadap bentuk tubuhnya. Setiap dari mereka bukan sahaja menyajikan album yang menarik tetapi juga beriring mesej untuk kita sama-sama menerima kebaikan dan menjadi versi diri yang lebih positif bersama minda yang lebih terbuka.
Sembilan album yang dipilih di dalam artikel ini bukanlah suka-suka atau atas dasar favoritism dari team EH! sahaja, tapi kami benar-benar rasa inilah album ‘hit’ yang bukan sahaja kami minati secara peribadi tetapi juga banyak menerima anugerah berprestij dan menjadi album yang sering diperkatakan dan dikongsikan di media sosial hari ini.