Siti Saleha membuka lembaran baru dalam kehidupan peribadinya, bulan ini bukan sekadar mengulit bahagia sebagai siteri kepada Joshua Fitton, malah dia mula terjun ke bidang perniagaan dan fesyen. Siri TV terkini juga sedang rancak menarik perhatian pencinta drama tanah air dan baru saja meraih anugerah di Singapura.
Penggambaran ini berlangsung lebih kurang seminggu sebelum acara pernikahan dan resepsi Siti Saleha dan Joshua Fitton. Tak sangka Sally masih mahu ‘bekerja’, saya risau juga jika waktunya tak kena, boleh jadi dia sibuk dengan urusan persiapan majlis kahwinnya.
Jam 10, Sally tiba dimuka studio, dan di tangannya erat memegang kotak kek yang dibeli khusus sempena ulang tahun kelahiran saya minggu lalu. Terharu pastinya atas tanda ingatan itu.
Pagi itu suasana penggambaran berlangsung santai, chill saja, tiada apa yang dikejar kerana kata Sally dia hanya ada acara makan malam jam lapan. Jadi tak perlu terburu-buru. Dari satu baju ke satu baju, ada sekali dua berhenti menukar solekan dan dandanan.

Seminggu selepas penggambaran saya ke majlis pernikahan Sally dengan Joshua Fitton. Berlangsung di sebuah resort di Janda Baik, seawal enam pagi saya sudah mengikut teman jurusolek Khir Khalid dan pendandan rambut selebriti, Yusof Ruzaimi merias dan menyiapkan Sally untuk majlis pernikahannya. Pagi itu Sally menggayakan busana putih gading dengan perincian butang, ilham suaminya sendiri. Sally nampak berseri-seri, jelas terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajahnya. Sally dinikahkan ayahandanya sendiri. Keluarga sahabat handai terdekat hadir memeriahkan acara termasuklah ibunya, terbang dari United Kingdom sempena hari bahagianya.
Dan ketika ini siri ‘Dia Imamku’ sudah mula bersiaran di kaca televisyen. Drama ini menemukan sekali lagi Siti Saleha dan Kamal Adli. Ada 52 episod semuanya dan saya rasa drama ini akan mula tular di bulan Ramadan. “Tahun lepas saya banyak habiskan masa menyudahkan penggambaran ini. Kalau ikut perancangan ambil masa enam bulan, tapi disebabkan kami bekerja dengan team yang efisein, dapat disingkatkan ke lima bulan. Saya sendiri awal-awal dah kata kalau boleh jangan kacau Februari,” dia ketawa. Menurut Sally, dia senang bekerja dengan Kamal. “Dia kelakar,” ujarnya. Sebelum ini Sally pernah bergandingan dengan Kamal untuk drama web, ‘Black’.
Dan di bulan ramadan nanti, Sally akan menimba pengalaman baharu apabila dia akan duduk di kerusi pengarah untuk menjadi nakhoda bagi sebuah projek telemovie bersama TV3. “Mereka minta saya pilih genrenya, jadi saya pilih romantik komedi kerana ia lebih dekat di hati saya.” Projek ini adalah satu kempen istimewa TV3, memberi peluang kepada aktres untuk menimba pengalaman sebagai pengarah.

Baru-baru ini saya lihat Sally melancarkan koleksi baju raya bersama Atelier Fitton. Apa yang mahu Sally kongsikan tentang koleksi dan pengalaman menyiapkannya?
Saya selalu berangan untuk ada koleksi fesyen sendiri tapi saya tak tahu apa dan bagaimana, sekadar ada angan-angan. Saya tak pernah ada pengalaman, jadi Josh memang banyak yang menguruskan, berhubung dengan supplier misalnya, produksi dan staf.
Josh pernah buat koleksi raya sebelum ini tapi dalam bentuk made-to-measure, jadi ia agak berbeza dengan yang ini. Ideanya lebih bebas, versatil dan sedikit berbeza dengan apa yang pernah dia hasilkan. Proses kreatif agak mudah dan semuanya berlangsung secara bersahaja. Both of us sukakan sungai, outdoor dan dari situ timbul idea untuk jadikan alam semula jadi sebagai inspirasi, termasuklahd ari segi warna. Flowy and drappy, little did we know kami berbelanja banyak untuk material. Tapi bagi saya ini satu proses pembelajaran dan saya bernasib baik Josh ada untuk menguruskan hal-hal yang saya tak tahu.
Apakah salah satu perkara yang Sally belajar bila dah terlibat dalam proses ini, yang mungkin selama ini Sally sendiri tak sedar atau tahu?
Kain! Kita design dan tanpa sedar material yang sesuai itu kosnya tinggi. Dan akan ada banyak isu dengan material, supplier kata kain ada, bila tiba hari tak ada. Bagi saya ini semua pengalaman dan pembelajaran awal.

Mengapa memilih tema alam sebagai inspirasi?
Ia datang secara tiba-tiba. Saya dan Josh memang suka pergi ke sungai dan kami selalu mengambil gambar. Dari situ terfikir mengapa tak gunakan alam semula jadi sebagai inspirasi walhal itu yang kami suka. Jadi, idea datang sendiri tanpa kami perlu duduk untuk brainstorming. Ia sama seperti hubungan saya dan Josh, semuanya terjalin secara organik, berjalan secara tenang tanpa dirancang atau dipaksa, dan itu yang kami mahu terapkan sepanjang menyiapkan koleksi ini. Sejujurnya saya dan Josh memang bersahaja, kami sebelum ini tak pernah pun rancang atau tetapkan bila nak tunang, nak kahwin. Berbalik pada koleksi ini, ia sebuah koleksi kapsul dan jumlah yang kami hasilkan adalah sangat terhad.
Okey Sally, Bid nak borak-borak santai. Soalan ini for fun tapi Bid nak tahu, sebab dari soalan ini mungkin mendekatkan orang tentang peribadi Sally. Lagu apa yang Sally dengar berulang kali ketika ini?
Kebelakangan ini saya selalu ulang-ulang ‘Messy’ by Lola Young. Saya terdengar di Spotify secara random, then terus cari di Youtube. Saya sukakan sesuatu yang simple, sama macam apa yang ada dalam video muzik ‘Messy’, just her and cake. Saya juga banyak mendengar Rachel Chinouriri.
Apa mood Sally pagi ini?
Pagi ni saya garang sikitlah. Rasa macam on edge sikit… hahaha! But am okay, pandai kawal. Kesian Didie selalu kena. (Didie adalah pengurus dan pembantu peribadi Sally).
Bagaimana Sally memulakan hari?
Saya bangun agak awal setiap hari, walaupun dah habis shoot, saya sudah terbiasa. I wish I could sleep more. Saya cuba untuk tak leka bermain telefon bila bangun, ia antara habit yang saya cuba elakkan. Dulu saya akan minum kopi tapi disebabkan hormonal imbalance, doktor sarankan saya elak meminum kopi sebab kulit saya akan ada problem jika saya minum kopi. Banyak yang saya kena elak dan kurangkan. Susu pun tak boleh.

Sally boleh rasa atau tak, hari yang akan dijalani berlangsung baik atau sebaliknya?
No, I don’t. Bagi saya everyday is a good day. Saya tak mulakan hari dengan memikirkan hari ini akan baik atau tak. Kalau hari sebelumnya was a bad day sekalipun, saya tetap berharap hari ini hari yang baik untuk saya. Hari-hari saya sama saja, tak ada yang dramatik. Walaupun membilang hari menjelang my wedding day saya cuba untuk sepositif mungkin. Saya dah 35 tahun, saya hanya mahu lebih banyak yang positif, dan saya akan remove negative people in my life. Saya bernasib baik saya mengenali Josh, dia seorang yang sangat relaks, sangat chill.
Hari yang sempurna untuk Sally, ialah…
Nasi lemak untuk sarapan, pergi ke sungai atau bermain dengan kucing saya. Saya lebih suka duduk di rumah saja. Netflix and chill, video call dengan my mom, dinner with Josh. Tak ada banyak beza dengan orang lain, dan saya tak perlukan apa-apa yang ekstra untuk perfect day. Saya sebenarnya lebih suka kalau dapat berada di rumah. Rumah adalah my safe space. Saya agak introvert, itu tak semua orang tahu.
Bagaimana atau apakah cara untuk menggembirakan Sally?
Just send funny videos on Instagram, animal video ke. Just forward dan itu yang akan buat saya tersenyum. Kalau nak tahu, itu jugalah cara saya dan Josh jadi rapat. Dia nampak cool tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Keluarga juga adalah faktor yang akan buat saya gembira, dan saya seronok sangat my mom dan kakak sulung would be at my wedding. My mom berpindah ke UK sejak umur saya 10 tahun, tapi bila berjumpa terasa seperti biasa, kami tak rasa macam kami berpisah atau tinggal jauh. Keluarga saya sangat simple.
Bagaimana Sally menggembirakan diri sendiri?
Travel. Saya suka pergi ke tempat baru, buat benda yang saya tak pernah cuba sebelum ini.
Sally ada destinasi favourite?
Saya tak berapa suka city, I d like city but more ancient history kinda girl, historic place. Saya sukakan pulau, saya dive and I miss doing that. My last diving was in April last year.

Momen dalam hidup yang mahu diulang semula?
Mungkin pengalaman saya ke Portugal. Ada satu ketika sewaktu saya di sana, saya sengaja tinggalkan my documents (pasport) di rumah (Airbnb). Saya pergi ke border antara Portugal dan Sepanyol, and itu buat saya terasa jauh dari rumah. Saya rasa disconnected, great feeling dan dalam masa yang sama takut juga kalau apa-apa terjadi pada saya, saya tak ada any document with me. Lokasi yang saya pergi tu macam kawasan pergunungan, ada sungai, the whole experience so nice.
Destinasi yang paling mencabar?
Croatia, saya pergi ke lokasi penggambaran Game of the Thrones. Orang di sana berbeza, they are nice but you know it’s not usual European. Oh lagi satu sewaktu saya dan Didie ke Sydney untuk pergi ke konsert The Corrs. Kami tinggal jauh dari banda jadi nak ke mana-mana agak susah, jadi macam-macam cabarannya. Apa yang saya boleh cakap, bila travel saya suka explore and gamble. Pengalaman ke Morocco juga mencabar, saya hampir kena rompak. The little boys selamba buka my bag. Nasib baik the next day saya dah pergi ke tempat lain.
Apa yang Sally perhatikan atau notice bila jumpa seseorang buat pertama kali?
Orang kata kena tengok kasut, kalau kasut dia bersih maksudnya dia pembersih.
Bagaimana dengan Josh, apa yang Sally perasan tentang Josh sewaktu kali pertama bertemu?
Kasut dia kotor… hahaha! Dia dulu seorang yang selalu tampil smart, dan saya mula rapat pada transisi dirinya sebagai seorang artis. He was barefoot walking around. So chill.
Bagaimana boleh bertemu?
Saya pernah pergi ke his fashion show dan sekadar hai hai saja. Saya pun pada pada waktu itu tak berapa mengenali dia. Selepas saya bercerai saya membawa diri ke UK dan kebetulan Lela (Josh’s sister) juga berada di sana. Saya dan Lela keluar makan dan dia beritahu Josh juga baru broke-up. Dan dari situ saya mula berhubung dengan Josh.
Apa yang Sally belajar bila usia mencecah angka 30?
Don’t plan. Pada waktu itu saya berada dalam fasa hendak bercerai. Macam-macam saya fikir. Kalau saya bercerai pada umur 31, lepas tu masuk umur 32, lepas tu saya fikir bila nak kahwin lagi. Saya kena percaya setiap hal yang terjadi ada sebabnya. Faith is important, berserah pada Tuhan. Let Him do his job. Ia adalah proses pembelajaran dan move on.
Mesti love yourself first. Bunyinya klise tapi itulah kebenaran. Dan itu juga masalah saya. Awalnya ya saya bagi 50-50 tapi bila lama-lama I give more. Don’t be hard on yourself. Sebagai seorang yang dikenali, masyarakat expect untuk kita jadi macam ni, buat macam tu, tapi kena ingat apa-apa yang kita buat mestilah untuk diri sendiri.

Sally peduli apa yang orang cakap?
Dulu-dulu of course. Sekolah can be a mean place too. Saya selalu fikir apa boys or girls kat sekolah fikir fasal saya. We can’t please everybody, jika ada orang yang terus menghakimi maksudnya mereka tidak berhak untuk ada dalam hidup kita. Sebab itu orang kata semakin kita dewasa semakin kecil kelompok kita. Kadang-kadang kawan yang paling rapat pun boleh tikam belakang.
Okey last one, apa yang orang selalu faham tentang Sally?
Ramai orang fikir saya lembut, dan mereka tak expect saya suka buat aktiviti lasak. Can we change that perception? Saya orang yang aktif, tapi mungkin juga saya bukan seorang yang ekspresif di media sosial. Saya tak beri hint jadi orang speculate. Saya seorang yang private dan saya bahagia dengan cara begitu.
BACA: #EHksklusif Siti Saleha dan Joshua Fitton Sah Diijab Kabul