1. Tom Cruise – RM436.7 Juta
Sekuel Top Gun yang ditayangkan tiga dekad sejak filem pertama berjaya mengutip RM5.98 bilion sehingga Ogos lalu, menurut Collider. Bagaimapun Insider melaporkan, Tom hanya dibayar sebanyak RM56.8 juta untuk menjayakan watak Kapten Pete Mitchell dalam filem Top Gun: Maverick.
Bintang berusia 60 tahun itu memperoleh bayaran tambahan dengan menandatangi perjanjian yang memastikan semua pelakon dan penerbit mendapat keuntungan daripada jualan tiket wayang serta pendapatan daripada siaran penstriman.
Dengan itu, dia memperoleh hampir sepuluh kali ganda daripada bayaran awal, menjadikannya aktor yang meraih pendapatan tertinggi pada tahun ini.
Baca: Berapa Pendapatan Bersih Pelakon Siri Popular Money Heist?