5. Lady Gaga – RM44.2 Juta
Bintang berusia 36 tahun ini sudah pun mempunyai kerjaya muzik yang gah sebelum mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi filem blokbuster seperti A Star is Born dan House of Gucci. Dia bakal kembali ke layar perak tidak lama lagi sebagai Harley Quinn dalam Joker 2 atau Joker: Folie à Deux di samping Joaquin Phoenix yang akan melakonkan semula watak Arthur ‘Joker’ Fleck. Gaga menandatangani perjanjian sebanyak RM44.2 juta untuk membintangi filem itu.
