Rumah mewah pertama yang dibeli oleh Bruno adalah pada tahun 2012 di kawasan cukup privasi di Laurel Canyon. Bernilai USD$3.35 juta, ia dibina dengan tiga bilik tidur, empat bilik mandi, kolam renang dan garaj kereta yang cukup luas. Ruang makan penuh romantik terletak berhadapan dengan kolam renang. Ada laporan mengatakan yang Bruno telah menjual kediaman ini tetapi pihak Bruno tidak memberikan sebarang jawapan.