Baru-baru ini, Jacob Elordi dan Olivia Jade dilihat bersama di bandar New York setelah dikhabarkan sudah berpisah. Ini senarai bekas teman wanita Jacob perlu anda tahu.
Lakonan Jacob Elordi sebagai Elvis Presley dalam filem Sofia Coppola Priscilla dan lakonannya sebagai Felix dalam Emerald Fennell’s Saltburn benar-benar hangat dibualkan dan menjadikannya sebagai jejaka yang digilai para wanita seluruh dunia.
Jacob mula-mula muncul dalam perhatian umum sebagai jejaka terkemuka dalam siri filem Netflix The Kissing Booth, di mana dia membintangi sebagai teman lelaki Joey King. Dia kemudiannya menyertai siri Euphoria HBO, dan dilaporkan terlibat dalam percintaan dengan rakan sekerjanya. Selepas itu, pelakon itu dikaitkan secara romantik dengan model dan pempengaruh.
Semak senaraii bekas keksaih Jacob Elordi.
1. Joey King
Hubungan percintaan Jacob Elordi terjadi semasa filem The Kissing Booth, bersama Joey King pada 2017. Pelakon-pelakon itu berlakon sebagai kekasih dalam filem Netflix tetapi mereka akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain di luar set.
Hubungan mereka bertahan selama setahun lebih sebelum berpisah yang berlaku sebelum penggambaran untuk The Kissing Booth 2. Wlaupun anda terfikir bahawa ia akan menjadi sangat janggal untuk berlakon bersama bekas kekasih, tetapi kedua-duanya meneruskan mengambaraan itu secara profesional dan kelihatan mesra.
2. Zendaya
Pada 2019, khabar angin tersebar bahawa Jacob sedang bercinta dengan rakan sekerjanya di set Euphoria, Zendaya selepas kedua-duanya dirakamkan dalam pelbagai acara bersama. Kedua-duanya mengekalkan hubungan mereka secara lowkey, tidak pernah secara rasmi menyatakan mereka bersama, walaupun Jacob dilihat memberinya ciuman di dahi sekali semasa di bandar New York.
Walaupun pasangan itu tidak pernah disahkan, dipercayai bahawa percintaan mereka dikatakan gagal pada tahun 2020.
3. Kaia Garber
Salah satu hubungannya yang sangat terkenal, pada tahun 2020, Jacob mula bercinta dengan model, Kaia Gerber. Walaupun kedua-duanya kekal private, ia pastinya lebih umum daripada hubungan sebelumnya, kerana pasangan itu berjalan di karpet merah bersama-sama lebih daripada satu kali.
Kemudian pada tahun 2021, kedua-duanya dilaporkan berpisah, walaupun mereka berdua hanya mempunyai rasa hormat yang tinggi untuk bercakap tentang kebaikan satu sama lain.
4. Olivia Jade
Khabar angin bahawa Jacob terlibat secara romantik dengan YouTuber Olivia Jade bermula pada Disember 2021, sejurus selepas berita melaporkan perpisahannya dengan Kaia Gerber. Jacob dan Olivia dilaporkan berpisah pada Ogos 2022, tetapi telah bersatu semula pada bulan berikutnya.
Mereka memulakan perjalanan percutian romantis bersama-sama ke Itali dan Lake Coeur d’Alene, Idaho, perjalanan terakhir bersama ibu bapa Olivia, pelakon Fuller House Lori Loughlin dan pereka fesyen Mossimo Giannulli.
Pada Januari 2024, khabar angin perpisahan mengenai pasangan itu dikerumuni sekali lagi, tetapi kedua-duanya dilihat berada di bandar New York bersama-sama ketika Jacob bersedia untuk menjadi hos Saturday Night Live pada 20 Januari.