Mungkin sudah tiba masanya pelakon Boys Over Flower, Lee Min Ho menamatkan zaman bujangnya sementelah sudah mencapai umur 36 tahun dan dikhabarkan secara diam-diam, dia akan berkahwin dengan bintang heroin drama ‘The King: Eternal Monarch, Kim Go Eun. Jadi benarkah mereka sedang bercinta di luar pengambaran?
Lee Min Ho dan Kim Go Eun, pelakon terkenal drama Guardian: The Lonely and Great God, telah menjadi viral sejak kebelakangan ini kerana keduanya mempunyai kimia yang hangat selepas melakonkan drama The King: Eternal Monarch pada tahun 2o20. Selepas rakaman ciuman dan intim dalam drama, pergerakan mereka sentiasa diperhatikan peminat yang mengharapakan cinta sebenar berputik diluar lokasi pengambaran. Kini, seperti menjadi kenyataan apabila keduanya seperti mengesahkan sedang bercinta dan Min Ho dikatakan sedang merancang untuk melamar Go Eun!
“Saya sukakan yang wanita comel, cantik dan ceria. Seorang wanita yang memahami dirinya dan menghargai dirinya dan seorang wanita yang penuh keyakinan diri dan menawan.“- Lee Min Ho
Disebabkan memiliki rupa paras yang menawan, bakat dan personalitinya yang terpuji, Min Ho turut mempunyai peminat paling ramai di kalangan selebriti lelaki. Siapa sahaja tidak tertarik kepadanya? Antara selebriti lelaki yang mempunyai pakej lengkap, Min Ho turut memiliki sejarah pencintaan dengan bekas kekasih yang popular dan cantik!
Semak bekas kekasih Lee Min Ho:
1. Suxy Bae
Hubungan Lee Min Ho dan Suzy pernah menjadi obsesi peminat kala dahulu. Pasangan sensasi ini dilihat selalu meluangkan masa bersama di antara jadual yang sibuk. Segalanya bermula apabila mereka dilihat meninggalkan kereta pada selang waktu dan melakukan perjalanan yang berbeza agar tidak menimbulkan kecurigaan.
Namun, segalanya terbongkar dan agensi Lee Min Ho ketika itu, Starhaus Entertainment, dan agensi Bae Suzy, JYP Entertainment, cepat mengeluarkan kenyataan rasmi, mengesahkan hubungan mereka sedang bercinta. Pasangan popular ini dilaporkan sudah bercinta dari tahun 2015, namun berpisah secara baik pada tahun 2017 disebabkan jadual kerja yang padat.
2. Park Shin Hye
Park Shin Hye juga merupakan salah satu aktres yang dikhabarkan sedang bercinta dengan Min Ho dan walaupun mereka tidak pernah mengesahkan status hubungan, kemesraan mereka jelas terpancar – tidak dapat dinafikan. Khabar angin bermula semasa keduanya sedang membintangi projek drama “ The Heirs ”.
Dilaporkan keduanya sedang mengenali satu sama lain selepas membintagi drama bersama namun agensi Min Ho pantas menafikan khabar angin tersebut dan mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dan tidak benar.
3. Park Min Young
Park Min Young adalah bekas kekasih Lee Min Ho sebelum Suxy Bae. Tampil bersama dalam drama ‘City Hunter’, pasangan ini mula bercinta pada tahun 2011 dan berpisah setelah hanya lima bulan bersama. Ia disahkan oleh kedua agensi dan sebab perpisahan tersebut adalah kerana jadual mereka yang sibuk dan hampir tidak sempat bertemu satu sama lain.
Dilaporkan Park Min Young dan Lee Min Ho sebenarnya telah mengakhiri hubungan mereka beberapa ketika yang lalu, tetapi memutuskan untuk tidak mengumumkannya secara terbuka sehingga agensi mereka mendedahkannya.
4. Kim Go Eun
Pelakon Eternal Monarch, Kim Go Eun dan Lee Min Ho adalah antara selebriti paling berpengaruh dan berbakat dalam dunia lakonan. Membintangi drama bersama buat kali pertama, kimia mereka yang luar biasa di layar kaca televisyen jelas terpancar menampakkan keduanya sedang dilamun cinta. Laporan mengatakan, Lee Min Ho dan Kim Go Eun sudah bersedia untuk merancang perkahwinan dalam masa terdekat setelah berpacaran selama tiga tahun.