3. The Standbys (2012)
Skor Rotten Tomatoes: 80%
Dokumentari ini menyusuri kehidupan bintang Broadway yang tidak diberi penghargaan. Untuk setiap watak utama dalam persembahan secara langsung, terdapat seorang pelakon pengganti yang sentiasa menunggu peluang di tepi pentas untuk menjayakan watak tersebut. Dokumentari ini mengikuti perjalanan tiga pelakon yang menceritakan kisah mereka.
Danie yang membintangi Broadway turut dipaparkan dalam dokumentari ini.
Penuh dengan topik yang tidak dapat dilupakan dan kisah menarik, The Standbys dipuji sebagai sebuah dokumentari yang berbaloi untuk ditonton.
“Buat mereka yang mengenali bidang ini, Stanbys adalah satu dokumentari yang menyegarkan. Buat mereka yang tidak mengetahuinya, ia adalah satu kejutan buat anda,” ulas Simi Horwitz dalam Film Journal International.