2. Trainwreck (2015)
Skor Rotten Tomatoes: 84%
Dalam filem komedi ini, seorang wartawan New York bernama Amy (Amy Schumer) berbangga dengan kehidupan solonya sehingga dia bertemu doktor kacak, Aaron Corners (Bill Hader) dan mula menilai kembali pendapatnya mengenai monogami.
Dalam satu babak di mana Amy menonton filem di pawagam, Daniel membuat kemunculan istimewa sebagai pelakon yang memainkan watak sebagai pengasuh anjing.
Filem komedi romantik ini mendapat pujian kerana memaparkan adegan lucu dan menyeronokkan walaupun mempunyai jalan cerita yang tipikal.
“Karisma dan personaliti Amy Schumer yang berwarna-warni menjadi plot filem ini berjaya,” ulas Bernard Boo dalam Way Too Indie.