1. Imperium (2016)
Skor Rotten Tomatoes: 85%
Dalam filem seram dramatik ini, ajen FBI bernama Nate Foster (Daniel) melakukan penyamaran untuk menyelinap masuk ke dalam dunia gelap golongan supremasi berkulit putih dan mendedahkan plot pengganas tahap tertinggi.
Pengkritik filem memuji Imperium kerana jalan ceritanya yang kuat dan persembahan luar biasa daripada Daniel.
“Selain mutu lakonan Daniel Radcliffe yang mengagumkan, kehebatan filem ini datangnya daripada keganasan normal yang digambarkan oleh pengarah, Danel Ragussis,” ulas Bertie Archer dalam One Room With A View.
Foto: Pinterest
Pautan berkaitan: 20 Filem Terbaik Tom Cruise