Dulang dihulur bak cahaya mentari,
Balasnya dulang penuh makna murni.
Hati bertaut, janji berseri,
Menuju bahagia, cinta sejati.
Selepas hebohan hantaran tunang Syed Saddiq kepada Bella Astillah yang menampilkan lima dulang bertemakan “Masa Depan”, kini perhatian ramai beralih kepada hantaran balas Bella kepada Syed.

Seperti pasangan yang lain, hantaran balas ini bukan sekadar simbol kasih, tetapi juga mencerminkan gaya peribadi dan makna tersirat di sebalik setiap dulang yang disediakan oleh Bella.
Intai dulang balas dari Bella Astillah kepada Syed Saddiq.
1. Cincin tunang
Sebagai simbol komitmen dan janji setia, cincin ini menandakan ikatan pertunangan mereka yang bakal melangkah ke peringkat seterusnya.

2. Buku Nota Custom & Pen Lamy engrave #BellaSyedYes
Hadiah ini unik dan peribadi, cukup menggambarkan YB Syed Saddiq sebagai ahli parlimen bagi kawasan P146 Muar, Johor. Buku nota dan pen eksklusif ini bukan sahaja praktikal untuk digunakan, malah ukiran khas #BellaSyedYes menjadikannya kenangan manis dan simbolik hubungan mereka.
3. Wangian Perfume Oud ditempah khas
Bella memilih wangian eksklusif yang ditempah khas untuk Syed. Wangian ini mempunyai nilai sentimental, kerana setiap semburan akan mengingatkan Syed kepada Bella.
4. Pemanis coklat
Coklat melambangkan kemanisan dan keakraban. Hantaran manisan ini membawa mesej ringan, ceria, dan romantik, selari dengan suasana pertunangan.
5. Kemeja baju
Kemeja ini melambangkan gaya dan persona Syed, menunjukkan Bella menitikberatkan keperibadian pasangan dalam pilihan hantaran.

6. Set kucing Nutri Lick, baju raya kucing dan handmade marble bowl
Perhatian Bella terhadap perkara kecil yang dekat dengan kehidupan seharian Syed, kucing antara sesuatu yang cukup personal. Hantaran ini mencerminkan sisi penyayang mereka terhadap haiwan peliharaan. Set kucing lengkap dengan makanan, pakaian raya, dan mangkuk marmar buatan tangan.
7. Cupcake
Sebagai penutup hantaran, manisan cupcake menambah keseronokan pada keseluruhan hantaran.
Baca: ‘Masa Depan’ Tema Hantaran Tunang Syed Saddiq Kepada Bella Astillah
