4. Afifah Nasir
Berlaku pada tahun 2017, isteri masih dalam pantang namun sudah berani keluar ke pusat hiburan bersama wanita lain. Itulah perkara yang terjadi kepada pelakon dan juga penyanyi Aliff Aziz. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Bella Astillah.
“Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli. ?Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya. Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” jelasnya.
Wanita yang dikatakan tersebut adalah pelakon Afifah Nasir yang kemudian memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kerana memberi peluang kepada aktor tersebut untuk memegang tangannya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya kepada Bella kerana memberikan peluang untuk suaminya memegang tangan saya di sebuah pusat karaoke.
Aliff dan Afifah dikatakan mula intim selepas bergandingan menerusi drama Izinku Aku Mencintaimu.