Tanggal 5 Mei 2025, COEX Seoul, Korea sekali lagi menjadi saksi kepada malam paling berprestij dalam dunia hiburan Korea.
Digelar sebagai “Oscar Korea”, Baeksang Arts Awards ke-61 memberi penghargaan kepada pencapaian terbaik dalam industri filem, televisyen, teater dan dokumentari. Tahun ini menyaksikan dominasi karya-karya hebat serta bakat luar biasa yang mencorakkan landskap hiburan Korea.
Baeksang 2025 menjadi medan pengiktirafan untuk nama-nama baharu yang bersinar, serta penghormatan buat seniman yang telah lama menabur bakti dalam dunia seni. Ia adalah malam di mana kreativiti diraikan, impian direalisasikan, dan bintang-bintang masa depan dinyalakan. EH! senaraikan untuk anda senarai pemenang yang mewarnai malam penuh gemilang ini.
Kategori Filem
Anugerah Daesang
Hong Kyung-pyo (sinematografi) Harbin
Filem Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Jo Jung Suk (Pilot)
Pelakon Wanita Terbaik
Jeon Do-yeon (Revolver)
Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik
Yoo Jae Myung (Land of Happiness)
Pelakon Wanita Pembantu Terbaik
Claudia Kim (A Normal Family)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik
Jung Sung IL (Uprising)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik
Roh Yoon-seo (Hear Me: Our Summer)
Kategori Televisyen
Anugerah Daesang
Netflix: Culinary Class Wars
Drama Terbaik
Netflix: When Life Gives You Tangerines
Pelakon Lelaki Terbaik
Ju Ji-hoon (The Trauma Code: Heroes on Call)
Pelakon Wanita Terbaik
Kim Tae-ri (Jeongnyeon: The Star Is Born)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Choi Dae-hoon (When Life Gives You Tangerines)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Yeom Hye-ran (When Life Gives You Tangerines)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik
Choo Young Woo (The Tale of Lady Ok)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik
Chae Won Bin (Doubt)
Anugerah Populariti Prizm
Bintang drama Lovely Runner, Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon, mencuri hati peminat apabila masing-masing memenangi Anugerah Populariti Prizm.
Artikel Berkaitan: Pelakon Korea Dengan Bayaran Tertinggi Tahun 2024