Anugerah berprestij, Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34), kembali menyinari perfileman negara dengan sambutan gilang-gemilang di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada 1 November 2025.
Dianjurkan oleh FINAS dengan sokongan Kementerian Komunikasi Malaysia, edisi kali ini tampil dengan tema “Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, membawa mesej bahawa sinema Malaysia kini bukan sahaja berkembang pesat dari segi komersial, tetapi turut menonjol dari aspek kreativiti, inovasi dan nilai penceritaan.
Sebanyak 41 filem cereka, 26 filem pendek dan 23 dokumentari layak dipertandingkan bagi edisi tahun ini menjadikan FFM34 antara yang paling kompetitif dalam sejarah penganjurannya.
Malam penghargaan ini turut disiarkan secara langsung di RTM TV2 dan platform digital FINAS, membolehkan peminat seluruh negara turut sama merasai kehangatan anugerah paling berprestij ini.
Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia (FFM) ke-34 2025
1. Filem Terbaik
Babah (Nads Media Entertainment)
2. Pengarah Terbaik
Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)
3. Pengarah Harapan
Shah Faizul (Babah)
4. Cerita Asal Terbaik
Nadia Nadzri (Babah)
5. Lakon Layar Terbaik
Wan Rafiq (Babah)
6. Pelakon Lelaki Terbaik
Qi Razali (Babah)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)
8. Pelakon Lelaki Harapan
Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)
9. Pelakon Wanita Terbaik
Sweet Qismina (Babah)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
11. Pelakon Wanita Harapan
Michelle Lungan (Tegkang)
12. Anugerah Khas Karyawan
Hassan Muthalib
13. Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
14. Anugerah Khas Juri 2
Takluk: Lahad Datu (Multimedia Film Production Sdn Bhd)
15. Anugerah Khas Juri 1
Ejen Ali The Movies 2 (Wau Animation & Primeworks Studios)
16. Aksi & Lagak Ngeri Terbaik
Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)
17. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
18. Penyunting Terbaik
Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)
19. Sinematografi Terbaik
Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)
20. Penataan Seni Terbaik
Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
21. Skor Muzik Asal Terbaik
Soloz: Game Of Life – Muhammad Zaiff Sharqil, Donald Bangkong, Teoh Eng Hooi, Azri Yunus, Mohammad Raziz, Mohd Idham, Megat Sazali & Ahmad Huzai
22. Penataan Bunyi Terbaik
Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)
23. Lagu Tema Terbaik
Bara Jiwa – Azlan & The Typewriter & Muzza (Blood Brothers: Bara Naga)
24. Dokumentari Terbaik
Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad)
25. Filem Pendek Terbaik
Saranghae (Rastech Worldwide Sdn Bhd)
26. Rekaan Kostum/Busana Terbaik
Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
27. Tatarias/Solekan Terbaik
Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu)
28. Kesan Khas Visual Terbaik
Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)
29. Poster Terbaik
Tegkang (Arst)
30. Filem Box Office
Blood Brothers: Bara Naga (Skop Productions Sdn Bhd)
