Siapakah penerima Anugerah Gempak Most Wanted 2025?
Industri hiburan digital tanah air sekali lagi mencipta sejarah apabila Gempak Most Wanted Awards 2026 kembali dengan malam kemuncak yang penuh glamor dan momen sensasi.
Acara berprestij anjuran Astro Gempak ini berlangsung dengan meriah di Auditorium MBSA, Shah Alam, menghimpunkan barisan selebriti, pencipta kandungan digital, pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial paling berpengaruh di Malaysia.
Disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, serta platform digital seperti Astro GO dan Sooka, malam anugerah ini tampil dengan tema “Re-Culture”, GMWA2026 mengetengahkan interpretasi baharu terhadap budaya pop dan warisan tempatan dalam era digital. Konsep ini diterjemahkan menerusi rekaan pentas yang moden dengan sentuhan elemen tradisional, selain busana para selebriti yang berani bereksperimen dengan siluet kontemporari dan fabrik klasik.
Malam gemilang itu dipandu penuh karisma oleh Sean Lee dan Amelia Henderson, yang berjaya menghidupkan suasana dengan interaksi santai serta momen spontan yang mencuit hati.
Lebih istimewa, anugerah ini terus mengekalkan konsep undian 100 peratus oleh peminat, membuktikan kuasa pengaruh dan sokongan digital memainkan peranan besar dalam menentukan siapakah figura paling ‘most wanted’ tahun ini.
Berikut merupakan senarai pemenang Gempak Most Wanted Awards 2026:

Program Digital Tergempak 2025 – Jihaa Sham (Safwan Nazri Podcast)

Digital Creator (Sports) Tergempak 2025 – Hakim Nanyan

Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2025 – Christy Ng

Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2025 – Sir Badang

Digital Creator (Foodie) Tergempak 2025 – Jason

Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2025 – Nigel Sparks

Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2025 – Wani Faizun

Hos Program Digital Tergempak 2025 – Amelia Henderson

Video Muzik Tergempak 2025 – P Ramlee Saloma (ALPHA)

Lagu Era Tergempak 2025 – Mona Lisa (Bang Bang)

Drama Tergempak 2025 – Thariq Ridzuwan: His Treasure

Selebriti Tergempak 2025 – Meerqeen

Penerima Anugerah Gempak Most Wanted 2025 – Meerqeen
Baca: Mengenal Firdaus Karim, Dari Belakang Tabir ke Pentas Lakonan
