Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Axiata Arena, Bukit Jalil!
30 buah lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 39 telah membuat persembahan sengit bagi merebut 10 tempat ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-39 bagi tahun 2024 / 2025 (AJL 39).
Antara 10 finalis yang berentap di pentas akhir AJL 39, Amir Masdi, Aina Abdul, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo ft. Aisyah Aziz, Hafiz Suip, Marsha Milan, Hael Husaini, Ernie Zakri, Nadeera Zaini dan Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique.
Berikut adalah keputusan penuh pemenang AJL39:
1. Juara AJL 39
Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan muncul sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL 39) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Marsha Milan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.
2. Naib Juara
Naib juara dimenangi oleh penyanyi Nadeera Zaini dengan lagu Bukan Lagi Kita yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.
3. Tempat Ketiga
Manakala tempat ketiga disandang lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 dan trofi.
4. Persembahan Terbaik
Kreatif dan menarik! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan persembahan hebat daripada pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL39 iaitu Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah. Penyanyi lagu ciptaan sendiri telah membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
5. Vokal Terbaik
Persembahan luar biasa Aura dendangan dari suara lunak Ernie Zakri sememangnya layak dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 39.
Kehebatan vokal dan kemerduan suara Ernie Zakri sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam ini mendapat pujian ramai dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Baca : #EHksklusif Siti Saleha dan Joshua Fitton Sah Diijab Kabul Pagi Ini