MTV Video Music Awards (VMAs) 2026 berlangsung meriah pada 27 September 2026 di Peacock Theater, Los Angeles, dengan barisan bintang popular Hollywood dan dunia muzik menghiasi pentas.
Daripada video muzik dengan visual luar biasa, kolaborasi yang tidak disangka-sangka sehinggalah persembahan yang buat peminat tak senang duduk, edisi tahun ini hadir dengan cukup banyak kejutan.
Malah, beberapa nama besar turut mencatat detik penting dalam sejarah VMAs.
Jadi, siapa yang berjaya membawa pulang Moon Person tahun ini? Jom lihat senarai pemenang MTV Video Music Awards 2026!

Video of the Year – Taylor Swift – “The Fate of Ophelia”
“The Fate of Ophelia” membawa pulang Video of the Year, dan ketika menerima trofi, Taylor mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan kepada Dolly Parton yang disifatkannya sebagai “ultimate showgirl”. Menariknya, video ini turut dirakam dengan pendekatan seolah-olah satu continuous shot.

Artist of the Year – Madonna
Queen of Pop kembali menguasai pentas VMAs! Madonna bukan sahaja memenangi Artist of the Year, malah mengumpul tujuh trofi pada malam tersebut. Lebih istimewa, kemenangan ini hadir selepas persembahan pertamanya di VMAs dalam tempoh 23 tahun.

Song of the Year – BTS – “Swim”
BTS mempunyai malam yang cukup meriah apabila “Swim” membawa pulang Song of the Year. Lagu sama turut menang Best K-Pop, menjadikan BTS antara nama yang paling menyerlah dalam kategori muzik global malam itu.

Best New Artist – Sienna Spiro
Sienna Spiro akhirnya membawa pulang trofi Best New Artist selepas bersaing dengan beberapa nama baharu termasuk CORTIS, Myles Smith dan Stella Lefty.

Best Collaboration – Madonna & Sabrina Carpenter – “Bring Your Love”
Ini antara kolaborasi yang paling mendapat perhatian malam itu. Madonna dan Sabrina Carpenter bukan sahaja menang Best Collaboration, malah mereka turut berkongsi pentas untuk mempersembahkan lagu tersebut secara langsung. Dua generasi pop dalam satu persembahan, history!

Best Pop – LISA feat. Kentaro Sakaguchi – “Dream”
LISA membawa pulang Best Pop menerusi “Dream”, sekali gus menambah satu lagi pencapaian penting dalam karier solonya. Lagu ini turut memperlihatkan gandingan LISA bersama pelakon Jepun, Kentaro Sakaguchi.

Best Hip-Hop – Cardi B feat. Kehlani – “Safe”
Cardi B dan Kehlani membawa pulang Best Hip-Hop untuk “Safe”. Menariknya, Kehlani turut menerima pencalonan dalam kategori R&B menerusi “Folded”, menjadikan namanya muncul dalam lebih daripada satu kategori genre pada malam tersebut.

Best R&B – Bruno Mars – “I Just Might”
Bruno Mars menambah satu lagi trofi dalam koleksi VMAs menerusi “I Just Might”. Lagu tersebut turut dicalonkan dalam beberapa kategori lain, membuktikan betapa kuatnya kehadiran Bruno dalam senarai pencalonan tahun ini.

Best Alternative – Olivia Rodrigo – “The Cure”
Olivia Rodrigo membawa pulang Best Alternative menerusi “the cure”. Lagu ini menjadi antara karya yang menyerlahkan sisi muzik Olivia yang lebih eksperimental berbanding pop hitsnya yang biasa.

Best Dance – Madonna – “Confessions II – The Film”
Madonna terus mengumpul trofi menerusi Best Dance. Menariknya, kategori Best Dance sendiri kembali dipertandingkan di VMAs selepas tujuh tahun tidak diadakan dan Madonna terus menjadi salah seorang pemenangnya.

Best Latin – Bad Bunny – “Nuevayol”
Bad Bunny berjaya membawa pulang trofi Best Latin menerusi Nuevayol.

Best K-Pop – BTS – “Swim”
BTS sekali lagi naik ke pentas untuk menerima trofi Best K-Pop. Dengan “Swim” turut memenangi Song of the Year, kumpulan ini sememangnya mempunyai malam yang sangat manis di VMAs 2026.

Best Country – Ella Langley – “Choosin’ Texas”
Ella Langley pula muncul sebagai pemenang Best Country menerusi Choosin’ Texas.

Best Direction – Taylor Swift – “Opalite”
Taylor Swift bukan sekadar penyanyi dalam projek-projek visualnya. Dia juga aktif di belakang kamera sebagai pengarah, dan kemenangan ini hadir tidak lama selepas dia menerima Artist Director Honors yang pertama dalam sejarah VMAs.

Best Art Direction – PinkPantheress & Zara Larsson – “Stateside”
“Stateside” bukan sekadar catchy, malah visualnya turut mendapat pengiktirafan. PinkPantheress dan Zara Larsson membawa pulang Best Art Direction untuk karya yang memang menonjolkan permainan visualnya.

Best Cinematography – Madonna – “Confessions II – The Film”
Satu lagi trofi untuk Madonna. Kali ini, “Confessions II – The Film” diiktiraf menerusi sinematografinya, menjadikan projek tersebut antara karya visual paling banyak mendapat perhatian malam itu.

Best Editing – Sabrina Carpenter – “House Tour”
Sabrina Carpenter pula membawa pulang kemenangan bagi Best Editing menerusi House Tour.

Best Choreography – Madonna – “Confessions II – The Film”
Tidak lengkap rasanya VMAs tanpa kategori koreografi. Tahun ini, kemenangan Best Choreography menjadi milik Madonna.

Best Visual Effects – Ariana Grande – “Hate That I Made You Love Me”
Ariana Grande turut mempunyai malam yang cukup istimewa selepas memenangi Best Visual Effects.

Best Group – BTS
BTS sekali lagi membuktikan pengaruh mereka apabila dinamakan sebagai Best Group.

Best Long Form Video – Madonna – “Confessions II – The Film”
“Confessions II – The Film” terus mengumpul kemenangan, kali ini menerusi Best Long Form Video. Projek tersebut jelas menjadi salah satu karya utama Madonna di VMAs 2026.

Best Album – Madonna – Confessions II
Malam Madonna ditutup dengan satu lagi kemenangan menerusi Confessions II. Album ini merupakan sambungan kepada album ikonik Confessions on a Dance Floor yang dikeluarkan pada 2005, menjadikan projek ini satu lagi babak menarik dalam legasi muziknya.

Song of the Summer – Ariana Grande – “Hate That I Made You Love Me”
Ariana Grande menutup bahagiannya di VMAs dengan kemenangan Song of the Summer. Kategori ini sememangnya antara yang paling dinantikan peminat kerana ia meraikan lagu yang paling meninggalkan kesan sepanjang musim panas.
