Oscar 2025 atau Anugerah Akademi ke-97 berlangsung dengan penuh glamor, menampilkan pemenang yang diiktiraf dalam pelbagai kategori utama industri filem berlangusng 2 Mac 2025 di Dolby Theatre, Los Angeles.
Anugerah Akademi ke-97 atau Oscars 2025, kembali menjadi acara paling berprestij dalam dunia perfileman, mengiktiraf filem-filem dan individu terbaik sepanjang tahun lalu.
Dikenali sebagai anugerah tertinggi dalam industri, Oscars tahun ini menampilkan persaingan sengit dalam pelbagai kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, serta Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.
Dengan barisan calon yang kuat dan keputusan yang dinantikan, ini senarai pemenang Oscar 2025!
1. Best Actress
Mikey Madison memenangi Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2025 menerusi lakonannya dalam Anora, mengatasi calon pilihan utama, Demi Moore (The Substance). Wataknya sebagai Anora, seorang penari kelab malam yang jatuh cinta dengan anak kepada seorang oligarki Rusia, mendapat pujian kerana persembahan penuh emosi dan keberanian.
Dalam ucapan penerimaannya yang penuh emosi, Madison mengucapkan terima kasih kepada keluarganya, pengarah, serta komuniti pekerja seks, menegaskan sokongannya terhadap mereka.
2. Best Actor
Adrien Brody memenangi kategori Best Actor di Anugerah Oscar 2025 menerusi lakonannya dalam filem The Brutalist. Dalam filem ini, Brody membawakan watak László Toth, seorang arkitek pelarian perang dari Hungary yang menghadapi cabaran berat, termasuk xenofobia dan tekanan mental akibat trauma peperangan.
Satu pencapaian besar dalam karier Brody, yang sebelum ini pernah meraih anugerah Oscar bagi Best Actor pada tahun 2003 menerusi The Pianist.
3. Best Supporting Actress
Pemenang Best Supporting Actress di Oscar 2025 adalah Zoe Saldaña untuk peranan filem musikal kriminal, Emilia Pérez. Dia mengalahkan pesaing lain dalam kategori ini, iaitu Monica Barbaro (A Complete Unknown), Ariana Grande (Wicked), Felicity Jones (The Brutalist) dan Isabella Rossellini (Conclave).
4. Best Supporting Actor
Pemenang kategori Best Supporting Actor Oscar 2025 ialah Kieran Culkin untuk peranannya dalam filem A Real Pain. Beliau berjaya mengalahkan pencalonan lain seperti Yura Borisov (Anora), Edward Norton (A Complete Unknown), Guy Pearce (The Brutalist), dan Jeremy Strong (The Apprentice).
Kemenangan ini menandakan pencapaian besar dalam kerjaya Culkin, yang sebelum ini terkenal menerusi siri Succession.
5. Best Animated Feature
Pemenang kategori Best Animated Feature di Oscar 2025 ialah Flow, mengalahkan pesaing kuat seperti Inside Out 2, Memoir of a Snail, Wallace & Gromit: Vengeance Most Fowl, dan The Wild Robot.
6. Best Makeup and Hairstyling
Untuk kategori Best Makeup and Hairstyling dimenangi oleh The Substance. Filem ini berjaya mengalahkan pencabar kuat lain seperti A Different Man, Emilia Pérez, Nosferatu, dan Wicked.
The Substance dikenali kerana kesan solekan 3D dan transformasi dramatik yang memainkan peranan penting dalam jalan ceritanya. Kejayaan ini menunjukkan kepakaran pasukan solekan dan rambut dalam menghasilkan efek khas yang mencerminkan tema dan emosi filem tersebut.
7. Best Costume Design
Bagi kategori Best Costume Design telah dimenangi oleh filem Wicked. Filem ini menampilkan rekaan kostum yang luar biasa, seiring dengan dunia magis dan fantasi dari Broadway yang diadaptasikan ke layar perak. Persaingan dalam kategori ini cukup sengit, dengan pencalonan lain termasuk A Complete Unknown, Conclave, Gladiator II, dan Nosferatu.
8. Best International Feature Film
“I’m Still Here“, arahan Walter Salles dari Brazil, memenangi kategori Best International Feature Film di Anugerah Oscar 2025. Filem ini menerima pujian kerana menyampaikan kisah yang menyentuh hati tentang seorang ibu yang berjuang mempertahankan keluarganya di tengah ancaman pemerintahan diktator.
Dengan pendekatan yang mendalam dan realistik, filem ini menggambarkan momen penting dalam sejarah dengan penuh ketelitian tanpa unsur melodrama yang berlebihan.
9. Best Documentary Feature
No Other Land memenangi kategori Best Documentary Feature di Oscar 2025. Dokumentari ini mengisahkan hubungan antara aktivis P4L3St1n, Basel Adra, dan wartawan 1sr43L, Yuval Abraham, yang berdepan konflik di Tebing Barat.
Ia menyorot penindasan ke atas komuniti Masafer Yatta oleh tentera Israel, termasuk perobohan rumah dan pengusiran penduduk. Adra dan Abraham menggunakan filem ini untuk menyeru keadilan dan penyelesaian politik bagi rakyat Palestin dan Israel
10. Best Adapted Screenplay
Peter Straughan memenangi kategori Best Adapted Screenplay di Oscar 2025 untuk filem Conclave, adaptasi daripada novel Robert Harris yang diterbitkan pada 2016. Filem ini mengisahkan proses pemilihan paus yang sangat rahsia selepas kematian seorang pemimpin Gereja Katolik. Dengan elemen thriller yang mendebarkan, Conclave menampilkan lakonan mantap daripada Ralph Fiennes, John Lithgow, Stanley Tucci, dan Isabella Rossellini.
11. Best Original Screenplay
Sean Baker memenangi kategori Best Original Screenplay di Oscar 2025 menerusi filem Anora. Filem ini mengisahkan seorang penari kelab malam yang secara tiba-tiba berkahwin dengan anak seorang oligarki Rusia di Las Vegas, sebelum berdepan dengan musibah yang tidak dijangka. Anora juga memperoleh beberapa pencalonan utama, termasuk Best Film Editing.
12. Best Picture
Filem Anora, arahan Sean Baker, telah memenangi anugerah Best Picture di Anugerah Akademi ke-97! Selain kemenangan besar di Oscar, Anora sebelum ini telah memenangi Palme d’Or di Festival Filem Cannes, serta beberapa anugerah utama seperti Best Picture di Critics’ Choice Awards dan Best Feature di Independent Spirit Awards. Kejayaan ini menjadikan Anora sebagai salah satu filem bebas paling cemerlang tahun ini.
Baca : BRIT Awards 2025: Selebriti Paling Memukau di Karpet Merah