Kemuncak Anugerah Stail EH!2014 yang berlangsung malam tadi menyaksikan selebriti dan fasyenista tempatan hadir pada acara penuh warna warni itu dengan penuh bergaya dan meriah. Dibawakan bersama A|X Armani Exchange serta sokong oleh Suria.fm, murai.com.my, HipTV (TV9), Harian Metro dan Connexion@Nexus menyaksikan Awal Ashaari muncul sebagai pemenang utama membawa pulang trofi Anugerah Stail EH! 2014 selain mengungguli kategori Selebriti Lelaki Paling Bergaya serta berkongsi trofi bersama isteri tersayang Scha Alyahya untuk kategori Pasangan Selebriti Pilihan. Scha yang kini hamil anak pertama mereka turut membawa pulang gelaran Selebriti Wanita Paling Fotogenik.
Majlis diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Kayda disusuli duet bersama Hani Hatim, Kaka Azrff, Dayang Nurfaizah, Sabhi Sadhi dan diacarakan oleh Hani Hatim bersama Azura Zainal.
Majlis turut diserikan dengan pelancaran buku panduan kecantikan edisi istimewa EH! Rahsia Cantik 15 Selebriti yang boleh didapati di pasaran sekarang.
Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi dan penghargaan kepada semua yang terlibat dengan Anugerah Stail EH! 2014.
Berikut adalah senarai pemenang:
Anugerah Stail EH! 2014 – Awal Ashaari
Selebriti Wanita Paling Bergaya – Nur Fazura
Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Awal Ashaari
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik – Rozita Che Wan
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak – Keith Foo
Selebriti Wanita Paling Seksi – Nabila Huda
Selebriti Lelaki Paling Seksi – Adi Putra
Selebriti Paling Fotogenik – Scha Alyahya
Selebriti Pencapaian Terbaik – Hafiz Suip
Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Datuk Siti Nurhaliza
Pasangan Selebriti Pilihan – Awal Ashaari & Scha Alyahya
Jurusolek Selebriti Pilihan – Najeeb Azami
Pereka Fesyen Selebriti Pilihan – Rizman Ruzaini
Model Majalah Pilihan – Deanna Ibrahim
Selebriti Harapan Pilihan – Emma Maembong