Dikenali dengan keperibadian yang ceria dan penuh tenaga di atas pentas, Sabronzo dari DOLLA sebenarnya seorang yang sangat down-to-earth. Dalam temu bual eksklusif ini, Sab berkongsi sisi peribadinya yang mungkin ramai belum tahu, daripada perjalanan sebagai atlet sebelum bergelar artis, tabiat comel ahli kumpulan, hingga mesej penting yang mahu disampaikan buat para gadis muda.
Bagaimana setiap seorang daripada kamu menggambarkan personaliti dalam satu perkataan?
Saya akan gambarkan Angel sebagai cheeky kemudian Tabby sebagai… Aunty.
Apa satu perkara yang peminat mungkin terkejut untuk tahu tentang Sab?
Saya seorang atlet hampir sepanjang hidup saya sebelum DOLLA.
Jika kamu tidak berada dalam industri muzik, apa yang kamu akan buat hari ini?
Kalau saya tidak dalam muzik, mungkin saya akan buat sesuatu dalam bidang kecantikan. Jadi mungkin saya akan bergelar seorang jurusolek.
Apa satu tabiat daripada ahli lain yang kamu diam-diam suka (tapi mungkin tidak pernah beritahu mereka)?
Okey. Angel, mungkin sebab dia suka hantar saya banyak video yang dia jumpa online. Apa saja yang dia nampak, dia akan kongsi dengan saya sebab dia fikir saya akan suka. Memang betul, saya suka, jadi saya rasa itu comel.
Tabi pula, saya hargai dia sebab sentiasa tepat dan peka dengan apa saja yang sedang berlaku. Jadi Angel hantar benda-benda hiburan, manakala Tabi lebih kepada benda kerja. Berita, konsert, apa saja.
Apakah detik paling berharga sepanjang perjalanan kamu setakat ini?
Mungkin saya akan kata konsert kami. Konsert pertama kami memang sangat bermakna.
Bagaimana Sab menggambarkan gaya peribadi berbanding gaya atas pentas?
Saya rasa gaya atas pentas saya sangat muda dan ceria. Tapi gaya peribadi saya lebih minimal dan kemas.
Apa ritual yang Sab selalu buat sebelum persembahan?
Mungkin warm up pita suara saya.
Bagaimana Sab cas semula selepas jadual yang padat?
Saya suka duduk di rumah dan berehat atau pergi urut. Lepak dengan keluarga, dengan adik-beradik saya.
Apa mesej yang Sab harap dapat sampaikan kepada wanita muda melalui muzik dan imej Sab?
Mesej yang saya nak kongsikan kepada wanita muda ialah kekal jadi diri sendiri. Jangan biar orang lain tentukan kamu. Kamu paling kenal diri kamu sendiri. Jadi percaya dengan kebolehan diri dan terus berusaha keras, kamu akan capai matlamat.
Apa kolaborasi impian Sab?
Mungkin ada lagu dengan seorang DJ, mana-mana DJ pun okay. Dulu saya selalu cakap DJ Snake, tapi sekarang mana-mana DJ pun tidak apa.
Kalau Dolla boleh jadi headline sebuah persembahan di mana-mana saja di dunia, di mana ia akan berlangsung?
Mungkin Coachella, tapi sekarang dah agak terlalu mainstream. Jadi mungkin kita pilih Head in the Clouds, lebih realistik. Banyak artis Asia juga, jadi Head in the Clouds memang sesuai.
Bagaimana fesyen membentuk identiti Sab sebagai artis?
Saya rasa fesyen sangat memberi kekuatan kepada diri saya sebagai seorang artis. Bila saya nampak cantik, bila saya ada pakaian yang hebat untuk persembahan, ia benar-benar bawa keluar sisi lain saya di atas pentas.
Sebab itu kami sangat ambil berat tentang apa yang kami pakai. Kami cuba jadi selesa tetapi tetap setia dengan gaya kami sendiri sebab ia juga mempengaruhi keyakinan atas pentas. Jadi fesyen memang penambah keyakinan.
Apa makna kecantikan bagi Sab selain daripada solekan dan pakaian?
Bagi saya, kecantikan bermaksud jadi baik hati, ada hati yang ikhlas. Maksudnya ada niat yang baik, layan orang dengan baik, hormat semua orang dan sentiasa berbuat baik. Saya rasa itu yang buat seseorang itu cantik.
Apa yang membuatkan Sab kekal berpijak di bumi nyata bila semuanya bergerak terlalu pantas di sekeliling Sab?
Ada sistem sokongan yang baik, ada juga ahli-ahli kumpulan yang sangat membantu sebab kami semua lalui ini bersama. Juga peminat Dolla.
Apa yang paling penting dalam persahabatan?
Bagi saya, sentiasa ada untuk satu sama lain pada waktu yang penting. Persahabatan itu kena ada give and take. Kamu tak boleh harapkan kawan sentiasa ada untuk kamu tapi kamu pula tak ada untuk mereka.
Tak perlu jumpa setiap hari atau hujung minggu, tapi cukup sekadar bertanya khabar, tengok macam mana keadaan mereka. Ingat pada kawan. Jadi baik.
Baca:
“Mencari Kesempurnaan Membuat Kita Terlepas Peluang”- Hawa Rizwana
“Common Sense & Empati Yang Tinggi Baru Dikira Pandai,” Siti Khadijah Halim
“Standard Kecantikan Memang Wujud, Ibarat Template Di Instagram,” – Bella Dowanna Halim