Lebih mengejutkan, dia akan mengelap tangannya setiap kali menyentuh Seohyun. Dia juga tidak melakonkan babak romantis dengan baik, seolah jijik dengan pelakon itu.
Tindakannya di set turut memberi kesan kepada Seohyun. Ahli kumpulan Girls’ Generation itu sering dilihat mengalirkan air mata di set penggambaran atas layanan yang diterima.
Kim Jung Hyun akhirnya menarik diri daripada drama tersebut atas alasan masalah kesihatan. Namun satu sumber mendedahkan, ia sebenarnya berpunca daripada masalah peribadi dengan teman wanitanya, Seo Ye Ji yang kini telah pun bergelar bekas teman wanita.
Dia kemudian mengambil keputusan berehat daripada dunia hiburan selama 11 bulan dan kembali membintangi drama Crash Landing On You yang membantu menaikkan namanya.