Namun mengapa nama Seo Ye Ji dikaitkan dalam perkara ini? Laporan tersebut menyebut, bintang It’s Okay to Not Be Okay ini akan mengkritik jika teman lelakinya itu berinteraksi atau menyentuh mana-mana pelakon wanita. Dia mengawal setiap gerak-geri pelakon itu disebabkan terlalu cemburu.
Renteten mesej perbualan di antara pasangan itu turut tersebar yang membuktikan kelakuan Seo Ye Jin. Malah peminat kini meragui sifat dan personaliti sebenar pelakon itu yang selama ini sering tampil dengan imej manis dan sopan.
Kontroversi ini mengejutkan banyak pihak dan menimbulkan kritikan di kalangan peminat pelakon Mr. Queen itu, namun sehingga kini belum ada apa-apa kenyataan rasmi mahupan maklum balas daripada Kim Jung Hyun sendiri.
Foto: HanCinema