Selepas sebulan diuji dengan masalah kesihatan, Hailey Bieber akhirnya mendedahkan kepada peminat mengapa dia dimasukkan ke hospital Mac lalu.
Hailey berkongsi satu video di saluran YouTube miliknya dua hari lalu dan menjelaskan dia mengalami simptom seperti strok berpunca daripada darah beku yang bergerak dari bahagian jantung ke otaknya.
Jelasnya, dia mula mengalami kebas di bahagian hujung jari dan masalah pertuturan sewaktu sedang menikmati sarapan bersama suaminya, Justin Bieber. Dia turut mengalami lumpuh sebelah muka selama 30 saat. “Ia saat paling menakutkan dalam hidup saya,” akuinya.
