Selepas dibebaskan dari khidmat ketenteraan pada 9 Jun tahun ini, Seungri dipindahkan ke penjara awam dan dilaporkan bakal dibebaskan kurang dari 100 hari – sekali gus membuatkan netizen terkejut kerana berasakan masa berlalu terlalu pantas.
Ia turut mengundang rasa berang di kalangan netizen yang berasakan hukumannya tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Mereka turut bimbang penyanyi dan penulis lagu itu akan meneruskan aktiviti seninya di YouTube.
Beberapa netizen meluahkan kebimbangan dengan menulis, “Nampaknya dia akan aktif di YouTube selepas ini”, “Oh, Tuhan!”, “Tolong jangan muncul di YouTube kerana kami tidak mahu menonton video anda”, “Dia akan dibebaskan dari penjara dalam masa dua bulan?!”, “Mengapa dia dibebaskan terlalu awal?” dan “Saya pasti dia pasti akan kembali ke kancah jenayah.”