Agak lama nama penyanyi Colombia terkenal, Shakira sepi daripada menjadi tajuk berita.
Namun ia kembali hangat tiga hari lalu apabila media melaporkan Shakira bakal berdepan tindakan mahkamah kerana enggan membayar cukai pendapatan dan korporat berjumlah RM73 juta.
Dia dikatakan menyembunyikan jumlah aset yang dimiliki menerusi beberapa syarikat dari tahun 2012 hingga 2014.