Walau tidak mendedahkan punca perpisahan, tular spekulasi yang mengatakan bahawa pemain pertahanan Barcelona itu berlaku curang dengan ibu rakan sepasukannya, Pablo Gavi.
Bagaimanapun portal Sepanyol, El Periodico menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa wanita yang menjadi punca perpisahan pasangan itu adalah gadis berambut perang sekitar usia 20-an yang masih belajar dan bekerja sebagai pengurus acara.
Gerard dikatakan telah dihalau keluar dari kediaman keluarga dan menetap di rumah bujangnya di Calle Muntaner, Barcelona sejak beberapa minggu lalu.