Shakira dan Gerard berkenalan di set video muzik lagu Waka Waka (This Time For Africa) yang merupakan lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2010 sebelum mengumumkan percintaan mereka kepada peminat setahun kemudian.
Walau tidak mempunyai ikatan sebagai suami isteri, mereka berkongsi dua cahaya mata bersama iaitu Milan Pique Mebarak dan Sasha Pique Mebarak.
Menerusi satu temu bual bersama The Overlap yang disiarkan bulan lalu, Gerard mendedahkan alasan mengapa mereka masih belum mendirikan rumah tangga sehingga kini.
“Saya selesa dengan keadaan kami sekarang. Kami memiliki dua cahaya mata, sembilan dan tujuh tahun. Kami bahagia sebagai pasangan kekasih.”