‘Perlumbaan’ cinta kini bermula untuk penyanyi Latin berstatus solo, Shakira.
Tom Cruise dan pelantun Hips Don’t Lie itu dirakam meluangkan masa bersama di Formula 1 Grand Prix di Miami pada hujung minggu lalu. Kini, satu sumber mengesahkan kepada Page Six bahawa aktor berusia 61 tahun itu benar-benar berhasrat mahu menjalin hubungan dengan Shakira. “Ada tarikan kimia yang kuat antara mereka.”
Hubungan mereka dilihat terjalin dengan mudah tanpa sebarang halangan. Tom Cruise tidak dikaitkan dengan mana-mana wanita sejak setahun lalu manakala Shakira, 46, pula baru sahaja berpisah dengan kekasihnya, Gerard Pique. Hubungan mereka putus di tengah jalan Jun lalu setelah bekas pemain bola sepak Sepanyol itu menjalin hubungan sulit dengan Clara Chia Marti yang kini menjadi kekasihnya.
“Shakira memerlukan ‘bahu untuk bersandar’, dan Tom mungkin lelaki yang tepat,” jelas sumber yang mengakui bintang Mission Impossible itu mempunyai beberapa kelebihan termasuk tampan dan berbakat besar. “Dan ketinggiannya tidak melebihi Tom,” tambah sumber, merujuk kepada bekas isteri aktor itu yang jauh lebih tinggi daripadanya iaitu Katie Holmes dan Nicole Kidman. Tom Cruise berketinggian 170cm manakala Shakira pula 157cm.