Jika sebelum ini Nouri Ramli dikatakan mempertahankan dirinya sehingga menyebabkan kematian bekas suaminya, kini seorang lagi pelakon telah didakwa di atas kesalahan mencederakan bekas suaminya. Sharifah Nadia Yusnita, 33, didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 25 November 2012 pada jam 10.30 pagi.
KAWAN SENDIRI RAMPAS SUAMI NONISWARA >>
ZIZAN RAZAK KAHWIN TAHUN DEPAN >>
BERTUNANG DENGAN ISTERI ORANG, FIZZ FAIRUZ MINTA MAAF >>
PENYANYI PUKUL SUAMI SAMPAI MATI? >>
Nadia yang pernah membintangi filem Diari Romeo mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan mencalarkan tangan bekas suaminya, seorang ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Shukur, 40 di Dewan Tan Sri Jefry Chin, Sekolah Chee Wen , USJ 1, Subang Jaya. Dia telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan. Tarikh sebutan kembali kes adalah pada 22 April ini.