Shawn sebelum ini menjalin hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Cuba, Camila Cabello selama dua tahun namun pasangan itu berpisah pada November 2021.
“Kami membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan romantis namun cinta kami terhadap satu sama lain sebagai manusia lebih mendalam berbanding sebelumnya.
“Kami memulakan perhubungan ini sebagai rakan baik dan akan terus menjadi rakan baik. Kami juga menghargai sokongan anda semua dari awal dan di masa akan datang,” tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram.