Teman wanita kepada bintang ternama Korea, Kim Woo Bin iaitu Shin Min Ah yang juga merupakan seorang aktres mahu membantu kekasihnya itu dalam menjalani rawatan kanser.
Dalam satu kenyataan ringkas Shin Min Ah kepada umum menerusi agensinya, dia menyatakan ;
“Saya sedang membantu Kim Woo Bin menjalani rawatan supaya segalanya berjalan dengan baik. Saya juga akan sentiasa berada di sisinya dan memastikan yang dia mendapat rawatan terbaik.”
Pada masa yang sama, Kim Woo Bin dikatakan masih lagi teragak-agak untuk memaklumkan berita itu kepada keluarganya. Berita itu sebelum ini dikongsikan oleh agensi Sidus HQ yang mengurusnya.
Kanser nasopharynx merupakan penyakit kanser yang melibatkan ruang pernafasan dan tekak. Dikatakan pesakit yang didiagnos dengan penyakit ini mempunyai kadar hidup selama lima tahun sebanyak 70 ke 90 peratus pada peringkat awal.
Kim Woo Bin dan Shin Min Ah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2015.