Setahun lamanya Shuib berehat daripada aktiviti seni selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu.
Kini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kembali mengorak langkah dalam industri hiburan dengan menerima tawaran kerja sebagai penyampai radio di stesen popular Suria FM.
Menggantikan kerusi Fizi Ali yang berhijrah ke stesen Hot FM bulan lalu, pelawak dan usahawan itu memulakan tugasnya dua hari lalu dalam segmen Team Pagi Suria atau nama baharunya, Morning Morning Suria di samping Ajak dan Suraya.