Sempena dengan edisi khas EH! 20 Yang Anggun & Disenangi November ini, EH! menampilkan wajah generasi baru yang hangat dalam hiburan tempatan. Lima gadis yang sangat berbakat berkongsi kisah antara bakat, kontroversi dan kisah sensasi lantas membibit populariti.
Tasha Shilla, Hanez Suraya, Bella Dally, Emma Maembong dan Anzalna Nasir antara nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap seorang dari mereka mempunya aura dan karisma yang tersendiri. Jadi tidak peliklah apabila muka-muka ini sahaja yang sering menghiasi kaca TV.
Cantik kalau tak berbakat memang takkan kemana. Kami tertarik dengan gadis-gadis ini kerana mereka bekerja keras membina nama dalam dunia hiburan. Biarpun dihujani dengan pelbagai kontroversi, namun tidak mematahkan semangat mereka. Kagum sungguh!
Ikuti cerita pahit manis mereka sebagai anak seni dalam EH! edisi November. Dapatkan segera!