Sabrina atau mengkomersilkan dirinya dengan panggilan BRI antara #EHsociates yang sangat komited dan konsisten dengan kandungan digital yang cukup tersendiri. Dia tampil dengan estetika yang dark dan misteri. Berasal dari Kuala Lumpur, gadis berbintang Libra ini bukan sahaja menerbitkan kandungan digital untuk dirinya sendiri, malah mencurah idea untuk kandungan orang lain juga kerana dia juga bekerja dengan produksi kreatif. Selain itu dia juga merupakan fashion stylist dan juga model.
Apakah perkara paling Gen-Z tentang diri kamu?
I think because I keep doing this š¤š¼
Tiga perkataan yang mendefinisi karakter diri kamu?
Kuat, resilient dan goal driven.
Jika kandungan media sosial kamu adalah estetik fesyen, apakah estetikanya?
Saya rasa fashion aesthetic ialah sensual dark femininity dengan sedikit inspires mewah, berdefinisikan palet gelap, bold pattern dan juga penataan gaya yang lebih sofistikated yang memberikan keyakinan, elegan dan juga sedikit misteri.
Apa yang mendorong kamu untuk menjadi content creator?
The power of storytelling. Setiap orang mempunyai pengalaman yang unit dan tersendiri, perspektif kehidupan yang berbeza, dan saya memang suka mencari idea kreatif dalam berkongsi pengalaman sendiri. Jika apa yang dikongsikan mampu memberi inspirasi, membantu atau rasa dekat dengan seseorang, jadi ia adalah sesuatu yang bernilai untuk dikongsikan.Ā

Apa yang menjadi motivasi kamu untuk terus berkarya secara konsisten di media sosial?
Saya termotivasi dengan perkembangan diri sendiri dan juga orang lain. Dan juga peluang untuk berkongsi idea, pengalaman dan perspektif yang mungkin seiring dengan orang lain. Saya harap content saya boleh memberi inspirasi dan mendorong mereka untuk mencapai cita-cita mereka, berfikir dalam cara berbeza mahupun melakukan satu tindakan yang bermakna dalam kehidupan mereka. Melihat respon yang positif dan menyedari apa yang saya lakukan ada impaknya walaupun kecil, ia tetap memotivasikan saya untuk terus berkarya.
Bagaimana kamu kekal kreatif?
Saya kekal kreatif dengan mengikut rasa ingin tahu yang ada dalam diri berbanding mengikut trend. Jika ada sesuatu yang betul-betul menarik minat saya, saya akan cari masa untuk menerokainya walaupun ia tidak berkait dengan apa yang sedang saya lakukan. Biasanya rasa ingin tahu ini akan memberi saya idea yang lebih asli.
Jika berpeluang berkolaborasi dengan mana-mana content creator terkenal, siapa yang akan Sabrina pilih dan kenapa?
Kate Bartlett. Saya memamg mengikuti perjalanannya sejak dulu lagi dan saya lihat bagaimana dia berkembang, dari small creator hinggalah dia menjadi seorang yang berpengaruh di peringkat global. Apa yang membuatkan kisah hidupnya cukup menginspirasikan saya ialah dia menyambung pengajian di universiti yang sama dengan saya, dan dia juga menghubungkan minatnya tentang fesyen dengan content creation.
Melihat dia membina kerjaya dengan caranya yang tersendiri, menjelajah dunia, bekerja dengan pelbagai jenama besar dan merealisasikan sesuatu yang sebelum ini mungkin hanyalah angan-angan, sangat memotivasikan diri saya. Apa yang membuatkan saya dekat dengannya ialah sebahagian aspirasi saya ada dalam perjalanan hidup dia. Dia membuktikan dengan kegigihan, kreativiti dan arah tuju yang jelas, adalah sesuatu yang mungkin untuk memiliki kerjaya yang kita bayangkan.Ā

Apakah cabaran terbesar sebagai content creator hari ini?
Salah satu cabaran terbesar ialah untuk berhadapan dengan mental block dan juga creative burnout. Permintaan yang berterusan untuk menghasilkan engaging content, bergerak pantas dengan perubahan algorithms dan dalam masa yang sama perlu menonjol dan menyerlah di ruang digital yang terus sesak memang ada masanya betul-betul mencabar diri untuk kekal berinspirasi.Ā
Adakah menjadi seorang yang dikenali di media sosial mengubah personaliti diri?
I think it can, to some extent. Apabila orang mula memberi perhatian kepada diri kita, secara tanpa sedar kita akan mula berhati-hati dengan reaksi diri kita, apa yang kita kongsi. Ada orang akan menjadi seorang yang lebih yakin, manakala ada juga yang merasakan tekanan dengan segala ekspetasi. At the end of the day, ia mungkin tidal merubah diri kita sepenuhnya tapi ia mungkin akan menyerlahkan sisi diri yang berbeza.Ā
Bagaimana cara kamu menjaga kesihatan mental?
Bagi saya ia bermula dengan healthy boundaries dan dengan perasaan tidal bersalah atau guilty bila kita terpaksa berkata ātidakā akan sesuatu. Sebagai seorang yang introvert, ada hal yang akan menjadi terlalu ābingitā dalam kepala saya, dan apa yang saya perlukan adalah ruang untuk diri sendiri.Ā
Bagaimana Sabrina melindungi your own peace?
Saya melindungi ketenangan didi dengan berhati-hati dengan siapa dan apa yang memasuki āruangā diri saya. Semakin meningkat usia saya semakin sedar ketenangan itu jauh lebih penting daripada bertekak untuk membuktikan sesuatu, menang dalam perbalahan mahupun constantly explaining myself. Terus-terusan ada untuk orang orang lain juga boleh jadi hal yang meletihkan, jadi saya pastikan saya simpan sedikit tenaga untuk diri sendiri.Ā
Apakah perkara yang kamu tidak akan berkompromi (compromise) dalam kehidupan?
I wonāt compromise on self-respect. Sebaik Sahara saya peril mengecilkan diri atau mendiamkan diri atas sesuatu yang penting, or accept less than I deserve just to keep someone around, thatās where I draw the line
Apakah perkara yang anda tidak berani lakukan hari ini, tapi suatu hari nanti anda fikir akan lakukan?
Semestinya solo travelling. Walaupun saya fikirkan ia adalah sesuatu yang sangat menarik, ia masih belum betul-betul menyakinkan diri saya untuk melakukannya. Itās still something that feels a little intimidating to me. Tapi itulah yang saya mahu lakukan satu hari nanti, mencabar diri untuk menimba pengalaman di tempat baru dan membuktikan pada diri saya yang saya boleh berhadapan dengan sesuatu yang sukar dijangka.Ā

Perkara paling berani yang pernah Sabrina lakukan setakat ini?
I guess facing a major legal and personal crisis that I never asked for, yang mana kesannya mungkin akan memudaratkan seluruh kehidupan saya. At a time when I felt vulnerable, overwhelmed and confronted with what many women would consider a nightmare scenario, saya perlu mencari kekuatan diri untuk mempertahankan diri sendiri, and navigate it largely by myself. Mengimbas kembali apa yang berlaku, I didnāt stop my life. Saya terus bekerja, pergi ke event seperti biasa dan menjalankan segala tanggungjawab seperti tiada apa yang berlaku, walaupun dalam diam saya memikul beban yang berat. Saya berdepan dengan setiap cabaran satu demi satu dan enggan membiarkan situasi tersebut mematahkan semangat saya. Saya tidak akan membiarkan apa-apa merosakkan masa depan atau kerjaya saya.
Perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup kamu setakat ini?
Perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya ialah sesi fotografi magazine cover pertama saya! Selain menjadi satu pencapaian peribadi dan profesional yang besar, ia juga membawa erti yang sangat bermakna buat diri saya kerana ia merupakan impian yang saya simpan sejak kecil. Saya membesar dengan mengagumi kulit-kulit majalah dan sering membayangkan bagaimana rasanya jika suatu hari nanti saya sendiri menghiasi salah satu daripadanya. Saat itu membuatkan saya merasakan seolah-olah segala impian yang saya pendam sejak dulu akhirnya menjadi kenyataan.

Apa yang Ā Sabrina bayangkan tentang kehidupan dalam lima tahun akan datang?
Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya membayangkan diri saya memberi tumpuan untuk membina kerjaya yang lebih kukuh, melakukan perkara yang lebih besar, mengembangkan pengaruh peribadi serta memiliki dan menguruskan perniagaan sendiri. Saya mahu mencapai kebebasan kewangan dan berada dalam kedudukan yang membolehkan saya menyara serta memastikan keluarga saya hidup dengan selesa dan terjamin.
Pada masa yang sama, saya mahu kerjaya dan kehadiran saya memberi impak yang positif kepada orang lain, menggunakan platform yang saya miliki untuk memberi kembali kepada komuniti dan mencipta sesuatu yang bermakna. Dalam kehidupan peribadi pula, saya membayangkan diri saya berkahwin dan membina sebuah hubungan yang stabil dan bahagia.
