Brad Pitt yang tersenarai antara lelaki paling tampan di dunia telah menamakan dua aktor yang dirasakannya layak memegang gelaran tersebut.
Baru-baru ini Vogue menemu bual Brad Pitt dan bertanya pandangannya mengenai “siapakah lelaki terkacak di dunia ini, pada masa lalu dan sekarang”.
Menerusi satu video yang dikongsi di Instagram, bintang Bullet Train itu memilih pelakon legenda Hollywood, mendiang Paul Newman dan rakan baik merangkap pesaingnya, George Clooney.