Disebabkan gurauan itu, media Itali menggelarnya sebagai ‘il divo’, si diva. “Ia adalah satu kisah ngeri namun saya berjaya membalas dendam tidak lama selepas itu,” kata George Clooney.
Tahun lalu, bintang Ticket To Paradise itu muncul dalam klip iklan Omaze yang mempromosikan sebuah pertandingan di mana pemenang berpeluang menghabiskan masa bersamanya dan isteri, Amal Alamuddin di vila mereka di Lake Como.
Promosi lucu tersebut termasuk adegan menggambarkan George Clooney sebagai peminat fanatik Brad Pitt yang memperlihatkan dirinya memeluk bantal dengan cetakan wajah bintang Fight Club itu di dalam sebuah bilik dipenuhi posternya.
Baca: Babylon: Gandingan Mantap Brad Pitt & Margot Robbie Mencuri Perhatian