Penyanyi sensasi Olivia Rodrigo sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dikaitkan dengan seorang lelaki misteri dikenali sebagai Julian Croonenberghs.
Sejak beberapa minggu lalu, pasangan itu beberapa kali dilihat meluangkan masa bersama di sekitar Brooklyn, New York. Mereka turut dirakam tiba di New York selepas bercuti di Iceland, sekali gus menguatkan spekulasi mengenai hubungan mereka.

Kemuncaknya, pada penghujung Julai, Olivia dan Julian dirakam bercium ketika menikmati janji temu di sebuah taman di Brooklyn. Dalam beberapa foto lain, mereka turut dilihat berjalan sambil berpegangan tangan.
Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua mereka masih memilih untuk tidak mengulas mengenai status hubungan tersebut.
Siapa Julian Croonenberghs?
Berbeza dengan beberapa bekas pasangan Olivia yang terkenal dalam industri hiburan, Julian membina kerjayanya dalam dunia kewangan (Finance).

Beliau kini merupakan seorang Associate dalam bidang ekuiti persendirian (private equity) di firma pelaburan Hg Capital yang berpangkalan di New York. Sebelum menyertai firma itu pada 2024, Julian pernah berkhidmat dalam pasukan Investment Banking Financial Institutions di Goldman Sachs, New York.
Dari segi akademik, Julian merupakan graduan Brown University dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Applied Mathematics dan Computer Science.
Ada kaitan dengan industri muzik
Walaupun tidak diketahui bagaimana Julian dan Olivia mula berkenalan, ramai percaya mereka mungkin diperkenalkan melalui adik perempuan Julian, Jade Croonenberghs.
Jade merupakan seorang DJ dan aktif bekerja dalam industri muzik serta hiburan, sekali gus membuka kemungkinan wujudnya hubungan dalam kalangan kenalan industri.
Namun begitu, Olivia dan Julian terus memilih untuk merahsiakan kisah percintaan mereka, termasuk bagaimana hubungan itu bermula.
Interaksi di media sosial curi perhatian
Dalam perkembangan lain, peminat turut menyedari Olivia dilaporkan memberikan like pada satu hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Jade Croonenberghs, sekali gus mencetuskan lagi spekulasi bahawa hubungan penyanyi itu dengan keluarga Julian semakin rapat.
Buat masa ini, status sebenar hubungan Olivia Rodrigo dan Julian Croonenberghs masih belum disahkan, namun kemunculan mereka bersama sejak beberapa bulan lalu terus menjadi perhatian peminat dan media hiburan.
Baca: Cara Mendengar Album Olivia Rodrigo, “You Seem Pretty Sad for a Girl So in Love” Mengikut Turutan



