Dearest gentle reader, musim keempat Bridgerton kini kembali dengan pelakon wakil asia!
Musim terbaharu Bridgerton sekali lagi menggoncang dunia aristokrat London dengan kehadiran watak baharu yang penuh misteri dan emosi.

Jika musim sebelumnya memberi tumpuan kepada kisah cinta Penelope Featherington (Nicola Coughlan) dan Colin Bridgerton (Luke Newton), kali ini tumpuan beralih kepada seorang figura wanita yang bakal mencuri perhatian penonton, Sophie Baek.

Watak ini diperkenalkan sebagai seorang pembantu rumah yang hidupnya jauh daripada kemewahan golongan bangsawan. Namun takdir menemukan Sophie dengan Benedict Bridgerton (Luke Thompson), si ‘bohemian Bridgerton’ yang terpesona dengan seorang wanita misteri berpakaian perak yang ditemuinya di sebuah majlis tari-menari bertopeng.
Tanpa mengetahui identiti sebenar Sophie, Benedict memulakan pencarian terhadap “Lady in Silver” yang telah menambat hatinya.

Lakonan Bridgerton pujian global, siapakah Yerin Ha?
Pelakon Australia
Ha merupakan seorang pelakon Australia yang terkenal menerusi wataknya dalam siri Paramount+ Halo, adaptasi daripada permainan video popular dengan judul sama. Dalam siri tersebut, beliau membawakan watak Kwan Ha dari tahun 2022 hingga 2024.
Sekolah di Korea Selatan
Ha dilahirkan di Sydney, Australia, sebelum berpindah ke Korea Selatan pada usia muda. Di sanalah beliau mula menetapkan cita-cita untuk menjadi pelakon dan melanjutkan pelajaran di Kaywon High School of Arts di Seoul. Ha kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan), sebelum menyambung pengajian dalam bidang teater muzikal di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Sydney.

Debut lakonan
Beliau memulakan debut televisyen menerusi drama jenayah Perancis-Amerika Reef Break, sebelum terus mencipta nama dalam Halo dan drama Australia Troppo. Ha seterusnya membuat debut filem menerusi Sissy pada tahun 2022.
Umur
Yerin Ha berumur 28 tahun dan eliau dilahirkan pada 16 Januari 1998.
Baca: Temubual Eksklusif EH!: “Queen Charlotte: A Bridgerton Story”
