Kenali pelakon dan model, Sam Asghari yang merupakan tunang juga bakal bapa kepada anak ketiga bintang pop, Britney Spears.
Bintang pop, Britney Spears mengejutkan dunia dengan pengumuman dia sedang mengandung selepas 13 tahun tidak dibenarkan untuk mempunyai anak kerana ‘conservatorship’. Anak ketiga penyanyi lagu hit “Toxic”, “Crazy” dan “Gimme More” ini adalah hasil hubungan cinta bersama tunangnya, Sam Asghari.
Berasal dari Tehran, Iran, Sam Asghari merupakan seorang pelakon, model dan pelatih kecergasan yang baharu berusia 28 tahun. Selepas mengumuman tersebut, Sam telah mengeluarkan kenyataan yang dia merasakan perkahwinan dan anak-anak adalah perkara normal dalam sebuah pehubungan kukuh yang penuh dengan cinta dan rasa hormat.
Siapakah Sam Asghari? Berikut adalah 4 fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai Mr. Spears: