1.Miracle in Cell No. 7
Filem Miracle in Cell No. 7 adalah filem Korea yang mesti ditonton. Diterbitkan pada 2013 oleh pengarah Lee Hwan Kyung, filem ini mengisahkan kisah tragis seorang bapa yang sakit mental telah dituduh dan dihantar ke penjara. Kehidupannya di penjara banyak diceritakan dalam filem ini dimana, dia berkawan dengan banduan lain. Peraturan untuk tidak membenarkan ahli keluarga melawat, tetapi kerana bapanya merindui dan bimbang akan anak perempuannya, banduan tersebut membuat rancangan untuk membawanya ke dalam penjara. Dari sini, situasi lucu berlaku sehingga akhir filem, membuatkan kita tidak dapat menahan air mata.