Susulan itu dia terpaksa membatalkan beberapa siri konsert jelajah dunia termasuk di Toronto, Washington DC dan New York yang sepatutnya berlangsung dalam masa terdekat.
Setakat ini belum ada kemas kini mengenai pembatalan konsert Justin di Malaysia yang bakal diadakan pada bulan Oktober akan datang.
“Buat anda yang kecewa dengan pembatalan persembahan saya yang seterusnya, saya tidak mampu melakukannya secara fizikal. Penyakit ini agak serius. Jelas, tubuh saya perlukan rehat.
“Saya harap anda semua memahami. Buat masa ini saya sedang melakukan terapi wajah. Saya tidak tahu selama mana masa yang diperlukan untuk pulih seperti sedia kala tetapi semuanya akan okey. Saya percaya pada Tuhan, ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya.