Singer-songwriter, Sissy Imann selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya, Dr Zamir Hilman Dr. Hamzah pagi ini di Putrajaya.

Tarikh 12.12 menjadi tarikh pilihan buat Sissy Imann, 30 untuk melangsung majlis pernikahannya bersama pilihan hatinya, Dr Zamir Hilman.
Berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Sissy dinikahkan sendiri oleh ayahandanya sendiri, Mohammad Kamil. Dr Zamir memberikan mas kahwin berupa seutas gelang tangan berserta tiga dulang hantaran berbalas lima dari Sissy. Pengantin perempuan turut menyarung cincin buat Zamir.
Untuk acara pernikahan ini Sissy Imann dan Dr Zamir menyarung persalinan serba putih rekaan pereka duo, Wan & Mary. Manakala solekannya disempurnakan oleh Kasih Cicie dan penataan hijab oleh Nazlivingstyle.

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, majlis pertunangan turut diadakan di lokasi yang sama, yang mana Sissy menerima tiga bentuk cincin.



Tahniah buat Sissy Iman dan Dr Zamir, semoga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat.
BACA: Kenali Dr Zamir, Suami Sissy Imann


